CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, March 22, 2012

SMILE YAW!!...

Hanya dengan senyuman, masalah boleh selesai! Dashyat sunggoh nooo..Begitulah impaknya dengan senyuman. Namun hakikatnya, senyuman itu bermanfaat hanya apabila kita faham bahawa senyuman itu muncul kerana rasa pasrah, redha dan keyakinan yang mantap akan pertolongan dari Allah SWT. Ini akan membantu kita menikmati hidup ini. Ketika jiwa kita pasrah, keyakinan kita terhadap pertolongan Allah pun bulat, apalagi kalau kita percaya bahawa setiap masalah pasti akan ada jalan penyelesaian, maka tersenyumlah. Lapangkan dada kita! Senyuman adalah tanda ketenteraman jiwa, senyuman juga tanda optimisme dan senyuman itu tanda kebahagiaan. 


Apa gunanya kita bermuram durja, apa gunanya kita mengeluh dan bermasam muka sambil terus menerus menyesal, meratapi ujian atau cubaan yang menghampiri kita. Bukankah itu menjadikan kita lemah, fikiran mulai kacau dan cuma lelah yang kita perolehi. Alangkah ruginya jika kita tertalu mendramakan masalah yang kita hadapi. Masalah yang sebenarnya ringan hanya akan menjadi berat jika kita terlalu mendramakannya. Tenaga kita jadi berlipat ganda untuk mengangkat beban yang sebenarnya ringan.



Alangkah indahnya ketika kita mampu menghadapi segala masalah dan cubaan itu dengan senyuman, jiwa2 seseorang yang mudah tersenyum akan mendorong diri kita untuk menikmati masalah sekaligus mendorong otak kita berfikir jernih untuk merungkaikan segala permasalahan. Senyum juga mampu mengecas tenaga positif kita agar tidak terbeban untuk menghadapi masalah.Dengan itu senyumlah kerana orang yang mudah tersenyum dalam menjalani hidup ini bukan sahaja orang yang mampu membahagiakan diri sendiri, tetapi orang yang paling mampu berbuat, orang yang sanggup memikul yang bertanggungjawab, orang yang paling berani menghadapi masalah dan memecahkan segala persoalan, serta orang yang paling dapat menciptakan perkara bermanfaat bagi dirinya sendiri serta orang lain.Ingat tu!!


Mulai dari hari ini kita tebarkanlah senyuman kita kepada sesiapa sahaja kerana senyuman itu adalah sedekah. Berikan sebuah senyuman yang penuh ketulusan, senyum yang benar2 timbul dari hati kita. Seberat mana pun masalah yang kita hadapi, senyumlah, kerana senyuman itu adalah ubat daripada kesedihan kita. Tertawalah dan tersenyumlah dengan ikhlas. Bukan tertawa dan tersenyum seolah-olah menyindir atau bersikap sinis. Tetapi diingatkan juga tertawa dan senyum yang berlebihan juga akan mematikan hati. So, biar berpada2 ok. Yang pasti bahawa Allah akan berikan petunjuk dan jalan mengatasi masalah. Tersenyumlah kerana itu adalah tanda keceriaan, bertitik tolak daripada rasa suka cita dan kegembiraan. 


Tersenyumlah, kerana senyuman adalah kekutan kita dan teruskan tersenyum kerana harapan itu tetap ada. 


-wasalam-
i love peace..

No comments:

Post a Comment