CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, February 3, 2012

CEMBURU itu elok tapi biarlah BERPADA-PADA...

Isteri mana yg tak sayangkan suami kan... kalau isteri tu tak cemburu, maknanya dia tak sayang suami dia. Saya pon kadang-kala ada perasaan cemburu, hehehe~....

Kata orang, kunci perhubungan adalah kesetiaan, kepercayaan dan kejujuran. Benar kan? Sesape setuju x dgn saya (sila angkat tangan...)






Ada juga yang menyalah gunakan perkataan 'kawan'. "saya kawan je la dengan dia. Mana ada apa-apa yang serius". Owh, sungguh? Saya tidak percaya pada hubungan 'kawan' antara lelaki dan wanita. Lelaki dan wanita tidak boleh menjadi kawan. Semestinya salah seorang ada motif tersendiri, tak kisahlah apa motifnya, yang pasti mereka tidak akan jujur berkawan.


Jujur dalam erti kata dengan perkataan, perbuatan, dan tindakan. Betul x??...


Untuk percaya, sebenarnya perlu ada kejujuran dalam perhubungan itu. Dan untuk percaya dan jujur, perlu ada kesetiaan. Jika sudah tidak setia, mula lah tidak jujur. Akal mula memikirkan seribu jawapan dan alasan untuk memutar belit fakta. Macam kaki AUTA.


Dan, jika sudah tidak ada kejujuran, tidak akan datang kepercayaan daripada pasangan.


Oleh itu, check sekarang hati anda. Adakah anda cukup setia pada pasangan anda. Adakah anda berlaku jujur pada pasangan anda. Bagi wanita, cukuplah sekadar suami itu jujur. kerana kesetiaan kami tidak ada tolok bandingnya.


Jika kami cemburu, sesungguhnya kerana kami sayang. Bukan kerana kami curiga dan sangsi, malah bukan sekali tidak percaya, tapi sekadar berhati-hati.



p/s : ♥ ♥ 

♥ ~ CINTA itu indah, jika disulam dengan cara yang betul.

♥ ~ KELUARGA BAHAGIA adalah keluarga yang BERTERASKAN AGAMA.

♥ ~ Ya Allah, semoga kau kekalkan cinta di hati kami, JAUHKANLAH dari bisikan syaitan, dan BERKATILAH  KELUARGAKU, ya Allah~~~ Aminnn~~~

No comments:

Post a Comment