CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, February 9, 2012

Kene Tendang Ngan Staf KFC!!

Wallaweii.....tajuk "BOMBASTIC" lam KOSMO ari ni.

Baru jer nak wat minum pagi, sambil2 menunggu air yg tengah jerang, men sauk je paper member konon2 nk tgok la ape citer lam newspaper ari ni. Tetiba dgn tak disangka2 terpandang lak artikel berkenaan pelanggan kene tendang ngan staf kfc kat Shah Alam la, kalau ikutkan newspaper punye information. Alamak! ape citer ni wei?? sampai main tendang2 bagai. Gilo pe?? This is not our culture la bro!!. Kalau ikutkan dlm newspaper KOSMO ni" Kejadian tersebut yg didakwa berlaku di salah sebuah restoran makanan segera di Shah Alam itu sempat dirakam oleh orang ramai yg berada di tempat kejadian, yang mana seorang pelanggan bukan sahaja ditumbuk malah turut ditendang oleh salah seorang kakitangan kfc gara-gara tidak sabar menunggu ayam goreng yang dipesan".


Yang pastinya aku tak berani nk buat conclusion sape yg bersalah. Apa2 pon dalam artikel tersebut ada menyatakan bahawa pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung kes pergaduhan itu yg didakwa berlaku pada awal Februari yg lalu.

p/s : Kalau nk g restoran makanan segera tu ingat, bawak2 la bersabar ekk....sekalipun restoran itu digelar "RESTORAN MAKANAN SEGERA" tidak semestinya ape yg kiter order tu segera belaka...zasssss

Friday, February 3, 2012

CEMBURU itu elok tapi biarlah BERPADA-PADA...

Isteri mana yg tak sayangkan suami kan... kalau isteri tu tak cemburu, maknanya dia tak sayang suami dia. Saya pon kadang-kala ada perasaan cemburu, hehehe~....

Kata orang, kunci perhubungan adalah kesetiaan, kepercayaan dan kejujuran. Benar kan? Sesape setuju x dgn saya (sila angkat tangan...)






Ada juga yang menyalah gunakan perkataan 'kawan'. "saya kawan je la dengan dia. Mana ada apa-apa yang serius". Owh, sungguh? Saya tidak percaya pada hubungan 'kawan' antara lelaki dan wanita. Lelaki dan wanita tidak boleh menjadi kawan. Semestinya salah seorang ada motif tersendiri, tak kisahlah apa motifnya, yang pasti mereka tidak akan jujur berkawan.


Jujur dalam erti kata dengan perkataan, perbuatan, dan tindakan. Betul x??...


Untuk percaya, sebenarnya perlu ada kejujuran dalam perhubungan itu. Dan untuk percaya dan jujur, perlu ada kesetiaan. Jika sudah tidak setia, mula lah tidak jujur. Akal mula memikirkan seribu jawapan dan alasan untuk memutar belit fakta. Macam kaki AUTA.


Dan, jika sudah tidak ada kejujuran, tidak akan datang kepercayaan daripada pasangan.


Oleh itu, check sekarang hati anda. Adakah anda cukup setia pada pasangan anda. Adakah anda berlaku jujur pada pasangan anda. Bagi wanita, cukuplah sekadar suami itu jujur. kerana kesetiaan kami tidak ada tolok bandingnya.


Jika kami cemburu, sesungguhnya kerana kami sayang. Bukan kerana kami curiga dan sangsi, malah bukan sekali tidak percaya, tapi sekadar berhati-hati.



p/s : ♥ ♥ 

♥ ~ CINTA itu indah, jika disulam dengan cara yang betul.

♥ ~ KELUARGA BAHAGIA adalah keluarga yang BERTERASKAN AGAMA.

♥ ~ Ya Allah, semoga kau kekalkan cinta di hati kami, JAUHKANLAH dari bisikan syaitan, dan BERKATILAH  KELUARGAKU, ya Allah~~~ Aminnn~~~