CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 26, 2012

OPPA GANGNAM STYLE....


PSY Puji McD Malaysia Guna MC SHAKER Gangnam Style.

Asyik2 Gangnam Style, sikit2 Gangnam Style, sampai raya pun Gangnam Style. Entah sampai bila agaknya demam Gangnam ni nak abes. Yang terbaru pulak Gangnam Style ni dah masuk dalam Guiness World Of Records dan yang paling TERBARU plak, Mc D McShaker pun ada gambar artis gangnam style...dashyat2, sampai begitu sekali!!. 

Kalau nak tahu McDonald telah meletakkan kaedah Gangnam Style sebagai cara menggoncang kentang "McShaker". Idea kreatif itu ternyata mendapat maklum balas yang positif dari PSY sendiri. Di lamam Twitternye, PSY telah memuat naik gambar bungkusan "McShaker" McDonald dan gembira dengan usaha McDonald itu sendiri.

"...they know how to do it Malaysia!! LOL"

Habis! Makanan pun nak di Gangnam Stylekan..






Ape2 pun...OPPA Gangnam Style!!...Terbaekklahh




Thursday, August 9, 2012

IFTAR at MAEPS...

Fuhhhh...fuhhhh...fuhhhh (a.k.a tiup habok)...hehehe...almaklumla dh lame x hupdate belog nih...
Kiter nk promote kt u olls tmpat yg best utk berbuka puasa nanti....nk taw katne? jeng...jeng...jeng...kat SEMANIS AROMA DI UPM BANQUET HALL SERDANG...apalagi marilah...ade 200 jenis makanan yg ditawarkan...amacam! menarik x??...cubalah gerenti x nyesal punye....location, easy to find, parking plak  very the senang, x payah susah2 nak pening kepala....dah lak tu sambil2 makan ade plak PERSEMBAHAN GHAZAL utk halwa telinga...huuuuuuuhhhh very the syiok rr...

Untuk mengetahui maklumat lanjut bolehlah menghubungi 012-390 3191, 012-382 5091, 012-313-1031 dan 012-384 9091....start caling2 NOW!!



Monday, June 11, 2012

TIPS TIDUR LENA D'WAKTU MALAM

Dimulakan dengan salam kpd readers yg tersesat kat dalam blog aku nih....hehehe (almaklumla blog yg x berape nk pemes nih).

Kalau ikutkan entry kali nih adalah bagi mereka2 yg SUKAR untuk TIDUR. Hape! Tido? Ape kejadahnye la plak aku citer pasal tidor tengah2 ari bute ni...hahaha (aku sukelah, ape ko kesahhh??). Jangan marah ekk....ok, berbalik pada citer tido nih, mmg x dinafikan ada diantara kiter2 sume ni yg mengalami kesukaran utk tido yang lena. Utk makluman jangkamasa tidur bagi seorang dewasa adalah selama 7-8 jam sehari. Pejam celik, pejam celik mata x gak mau tutup. Agak2 kalau ade gambar kambing (cam dlm citer mr bean) tu tgh kire brape jumlahnye pon still x leh lena gak...susah gak kann!!. Tapi klau saya asal malam je ngantuk, asal ngantuk je malam...hahaha tido jer..xde susah pon. Kesian bgi korang yang payah nak tido ni ekk.  La ni, saya nk bagi tips sket utk korang bagi memudahkan proses tido nih. Bace kat bawah ni arahan yg diberikan, pastu jgn lupe dipraktikkan plak, klau baca je tpi x dipraktikkan x jalan jugak betol x?...Jadinye korang baca jelah ekk..dengan harapan SEMOGA BERJAYA....(Ingat, TIDUR yang LENA dapat membantu kiter untuk menghadapi hari esok dengan lebih bertenaga tau!!) - Selamat Mencuba..



Pemilihan tilam dan bantal
Pastikan anda memilih tilam dan bantal yang sesuai dan selesa. Jika anda ada duit lebih, apa salahnya laburkan untuk keselesaan di tempat tidur anda. Terdapat beberapa jenama pengeluaran bantal dan tilam diperakui keberkesanannya. Antaranya adalah Vono, Dreamland dan juga Kingkoil. Ikut keselesaan anda, saiz dan juga ketebalan kabusnya perlu diambil kira kerana ada sesetengah orang yang suka bantal lebih rendah dan lembut, ada juga yang gemarkan bantal ataupun tilam yang lebih keras dan tinggi untuk meletakkan kepala. Fahami kehendak sendiri sebelum anda membeli. 

Elakkan tidur di waktu petang
Badan pasti terasa lesu setelah seharian bekerja dan memerah otak. Apabila sampai di rumah, elakkan daripada terus baring. Lebih elok jika anda bersihkan diri dan makan malam dahulu. Kerana jika anda sudah tidur di waktu petang kemungkinan besar, anda akan menghadapi kesukaran untuk tidur pada malam kerana anda tidak berasa mengantuk apabila anda tidur pada waktu petang. 

Bersihkan diri 
Sebelum tidur, pastikan keadaan diri anda sudahpun bersih dan segar selepas mandi sebelum anda tidur. Diri anda akan berasa lebih selesa untuk tidur dengan bauan kesegaran selepas mandi. 

Jangan makan terlalu banyak 1 jam sebelum tidur
Waktu yang paling sesuai untuk makan malam adalah di sekitar jam 7 hingga ke 8 malam. Selepas dari masa yang dinyatakan, anda disarankan tidak mengambil makanan berat seperti nasi, mee goreng dan makanan berat yang lain kerana bukan sahaja tidak bagus untuk sistem pembakaran lemak, malahan badan anda akan terasa lesu keesokan paginya. 

Minum segelas susu segar
Di dalam susu segar mengandungi satu bahan yang dipanggil tryptophan dimana berfungsi sebagai alat pembina protein yang akan menghasilkan hormon kegembiraan di dalam badan. Selepas meminum susu., badan anda akan berasa ringan dan lebih gembira untuk melelapkan mata. Jika kita dapat lihat, bayi kecil akan meminum susu mereka sebelum tidur dengan mudah. 

Kosongkan fikiran
Masalah ini serinkali terjadi kepada mereka yang tertekan dengan kerja seharian. Untuk mengelakkan tidur anda terganggu, cuba tips ini, fikir perkara yang lebih seronok dari memikirkan masalah kerja dan sebagainya yang hanya akan menyukarkan tidur anda. Kosongkan fikiran, dalam 10 atau 15 minit selepas itu, anda pasti akan terlelap.

Friday, April 20, 2012

Sekadar Pedoman..

Assalamualaikum wbt...

Lame sunggoh x hapdet blog nih...kesuntukkan mase n keje yg bnyk membuatkan aku terrrpaksa meninggalkan seketika blog ni...20hb April 2012 jam 10:30 pagi & inilah mase yg paling sesuai utk aku menghapdet blogku yg x seberapa ni. Tatkala mensebey "Kata-Kata Hikmah" utk motivasi diri sendiri, aku terpikir kenape aku x compile kan je, kata2 motivasi yg aku cari2 selama ni. At least aku leh wat pedoman utk diri sendiri & sekaligus utk mereka2 yg terrrsinggah kat blog aku ni, betol x?...

Utk permulaan ini adalah 1st Compilation. For me and especially 4 those out there yg tercarik kata motivasi @ kata semangat pick n choose which ever suits u olls, ok...

  • Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dari-Nya akan lebih menjamin dunia dan akhirat.
  • Seseorang yang berperibadi kuat umpama besi waja semakin dibakar oleh keadaan semakin dititik oleh cabaran hidup semakin teguh dan waja untuk menghadapi hidup. Seseorang yang berperibadi lemah laksana tanah apabila diketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai jua.
  • Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu itu.
  • Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya.
  • Setitik air boleh membelah batu bukan kerana derasnya air tetapi dengan seringnya  air itu menitik.
  • Paip yang kosong menghembuskan angin tetapi jika kepala yang kosong akan menghasilkan kegelapan.
  • Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…
  • Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam mana setiap orang mempamerkan imej dirinya sendiri.
  • Anyamlah buih buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu.
  • Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman.
  • Jangan berbangga dengan pujian teman kerana sebalik pujian terdapat satu kejian.
  • Perkataan yang lemah lembut itu mampu melembutkan hati yang lebih keras dari batu-batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera.
  • Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging itu.
  • Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak memberi alasan.
  • Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali.
  • Kegagalan pertama, tidak bermakna ianya akan terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita-cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya.
  • Orang sibuk sebenarnya tidak cekap, orang yang cekap tidak sibuk.
  • Orang yang sibuk selalunya nampak bising, orang bekerja diam-diam sahaja.
  • Dalam masa yang aman, kita harus juga memikirkan bahaya di masa akan datang.
  • Tiada bantal yang lebih lembut melainkan ribaan ibu sendiri.
  • Cinta ialah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak pernah bertemu.
  • Airmata penyesalan yang mengalir umpama sungai yang mengalir mencuci kekotoran hati.
  • 1000 mancis tidak akan menerangi mu di kala kegelapan buat selama lamanya tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan.
  • Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh itu tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata-kata yang melukakan.
  • Wangi di badan boleh dimandikan, apabila mandi hilanglah ia. Tetapi…wangi di mulut dan wangi di hati itulah yang paling mulia.
  • Janganlah bersumpah baik demi langit, mahupun demi bumi atau demi apa pun juga. Katakan sahaja ‘ya’ atau ‘tidak’ supaya kita tidak berbuat dosa atau terhukum kerana sumpah itu.
  • Belajarlah bersyukur ketika mendapat keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian.
  • Manusia boleh hidup dengan belanja yang kecil, tetapi yang menggangu perasaanya dia takut dikatakan orang bahawa dia hanya hidup dengan belanja yang kecil.
  • Yang penting bagi anda bukannya menarik minat seluruh wanita jelita tetapi menakluk salah seorangnya sahaja.
  • Orang yang tahu mengambil tetapi tidak tahu memberi tidak akan mengecapi bahagia.
  • Keagungan peribadi anda terletak pada kesedian anda untuk memberi bila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat.
  • Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya.
  • Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak-puak dan berpecah-pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di antara satu sama lain.
  • Ibarat sekuntum mawar merah dipupuk embun pagi lalu disinari suria indah bak pelangi, begitulah jiwa murni seseorang manusia.
  • Terbitnya kebaikan dari keburukan dan terbitnya amalan dari pengetahuan
  • Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya.
  • Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan adalah dari hasil sebuah kemesraan.
  • Air susu ibu bagaikan aliran sungai di dalam Syurga yang membesarkan kita sehingga mengenal erti kehidupan. Oleh itu agungilah jasa ibu.
  • Lebihkan manis dalam senyuman, kurangkan manis dalam minuman.
  • Bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dngan kejayaan.
  • Sehaluan tetapi tidak sejalan lebih baik dari sejalan tetapi tidak sehaluan.
  • Kemarau yang melanda di hati lebih dahsyat daripada kemarau yang menimpa di musim panas.
  • Tiada gunanya 1000 janji janji manis yang dilafazkan sekiranya kau selitkan sekali kata-kata dusta yang kau akhiri dengan kemaafan.
  • Kewajipan merupakan satu kuasa yang bangun bersama kita disebelah pagi dan berehat bersama sama kita di sebelah malam. Ia ibarat bayang-bayang yang mengikut ke mana sahaja kita pergi.
  • Sekeras keras batu dapat dihancurkan oleh titis air yang lembut. Begitu jua sekeras keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata yang lembut.
  • Insan yang sempurna rohani dan jasmani adalah umpama tahi lalat di tengah- tengah pipi masyarakat.
  • Lidah ibarat peti emas tersilap cakap akan buruk padahnya.
  • Seandainya hidup ini punca perpisahan… biaralah kematian menyambungnya semula, tapi seandainya kematian punca perpisahan… biarlah hidup memberi erti yang nyata.
  • Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya dibaling dengan batu lalu dibalas dengan buah.
  • Setumpul tumpul belakang parang, kalau di asah pasti tajam oleh itu jangan di sangka sebodoh bodoh manusia tetap akan bodoh tanpa diberi pelajaran.
  • Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir-pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir-pasir itu.
  • Sesuatu yang dilakukan tanpa paksaan merupakan paksaan merupakan sebuah kemenangan dan sebuah memori indah untuk disingkap kembali.
  • Manusia yang memiliki mata kepalsuan yang cuma melihat pada keindahan dan kecantikan adalah tergolong dalam golongan kaum yang rendah martabatnya yang mana mereka akan dibebani dosa.
  • Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata adalah untuk memiliki dengan sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran dan perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda.
  • Membiarkan dirimu dibuai perasaan samalah seperti membenarkan diri dibuai oleh syaitan kerana ia suka kepada orang yang berkhayal. Menyedari kesalahan sendiri adalah lebih baik dari baik dariapad menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain.
  • Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk diagungkan agung kan. Begitu juga janganlah memandang keburukan suatu kehodohan atau kecelaan. Bersyukurlah atas apa yang dikurniakan kepada kita. Kerana kedua duanya adalah anugerah Tuhan.
  • Nafsu mengatakan perempuan cantik atas dasar rupanya, Akal mengatakan perempuan cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya, Hati mengatakan perempuan cantik atas dasar akhlaknya.
  • Bertolak ansur adalah satu satunya resipi dalam membenihkan keharmonian rumah tangga. Oleh itu, jadikan sifat bertolak ansur itu panduan ke arah kebahagian dalam meniti hidup suami isteri agar dapat mengecapi apa yang dihajati dalam kerukunan perkahwinan.
  • Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap dari itu kejarilah ilmu seberapa daya sehingga kamu memperolehinya. 
  • Keikhlasan seumpama seekor semut hitam dia atas batu hitam di malam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Jangan tertipu dengan terangnya bulan kerana di sebalik terang itu banyak kegelapannya.
  • Kecantikan hati, tutur kata dan budi adalah kecantikan manusia yang paling indah yang paling sukar dihampiri selagi dunia fana ini masih terbit pergolakan untuk menakluki bumi Allah.
  • Guru mengajar apa yang baik tapi tidak semestinya guru itu sendiri baik. Penjenayah itu jahat tapi bukan semestinyasetiap detik hatinya penuh dengan kejahatan dan bukan setiap yang alim itu penuh taqwa kerana yang benar benar bertaqwa sahaja yang mengerti baik dan jahat.
  • Hargailah diri, diri itu bukan ringgit nilainya.
  • Senyum di dalam kesedihan memberi 1000 persoalan untuk ditafsirkan…tapi senyum dalam kegembiraan memberi 1000 jawapan kepada persoalan.
  • Tiada anak yang tidak sah yang ada ialah orang tua yang tidak sah.
  • Biarlah bodoh bila diajar tapi jangan bodoh tanpa pelajaran.
  • Jadikanlah diri kamu umpama seketul ubi rebus yang bertutup rapat daripada menjadi sepotong kek berkrim yang dihurungi lalat.
  • Mengaku pandai di depan orang yang bodoh sama seperti berpidato di depan orang tuli.
  • Rindu adalah suatu derita yang maat bahagia adalah kerana kerindun itu sebahagian dari nafas cinta tanpa kerinduan dan akan menjadi matang dan berpanjangan.
  • Manusia yang paling bahagia di dunia ini adalah orang yang punya cinta sejati ada keyakinan diri, budi dan kesopanan malah yang paling utama ialah orang yang tidak mempunyai hutang.
  • Sekiranya kamu mempunyai masalah, carilah dahulu jalan penyelesaian. Sekiranya tidak berjaya barulah kamu menyuarakan kepada orang yang berhak menyelesaikannya.
  • Kesunyian adalah suatu keresahan dan keresahan adalah suatu penyeksaan yang tidak berkesudahan.
  • Apabila seseorang itu berusaha mencari kebahagian setelah mengalami kegagalan ia perlu beringat, kekecewaan baginya belum berakhir dan kegembiraan pula belum berputik.
  • Semalam adalah suatu kenangan hari ini adalah suatu kenyataan manakala esok adalah suatu penantian. Kenangan semalam hendaklah kita simpan buat pedoman di hari depan dan kenyataan hari ini hendaklah kita tempuhi dengan tabah tetapi kita juga harus bersedia untuk menanti hari esok yang merupakan suatu penyeksaan.
  • Berfikirlah sebelum berkata kata, jangan berfikir sesudah berkata kata sebab sebelum perkataan keluar kita punya, apabila sudah keluar orang punya. Dari kata kata kita dapat mendapat banyak kawan kawan dan lawan.
  • Sesungguhnya terselit pengertian cinta yang berbunyi. Cinta pada bunga ia akan layu, cinta pada kumbang ia akan mati dan cinta pada Tuhan akan tetap kekal.
  • Menerima pasangan hidup secara terburu buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri  menjadi peracun.
  • Terburu buru dengan perasaan sering dianggap tiket menempah kehancuran. Tetapi tenang, yakin dengan semangat dan usaha biasanya berakhir dengan kejayan serta dapat membentuk keperimanusiaan.
  • Kemanisan bicara seorang wanita dapat mengegarkan sebuah istana, menyejukkan jiwa yang kehangatan juga menghancurkan dirinya sendiri. Oleh itu tempatkanlah ia di sudut yang damai agar kebahagian itu akan berpanjangan.
  • Racun itu mudah diketahui orang tetapi ramai yang tertipu dengan kata kata kerana ia dibungkus dengan gula gula yang lebih manis dari racun.
  • Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya itu dibekalkan dengan akhlak yang mulia disulami dengan bunga-bunga keimanan dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan.
  • Hidup tanpa pengorbanan adalah suatu kepalsuan dan percintaan tanpa pengorbanan tanpa kasih sayang adalah suatu pengkhianatan. Dari itu abadikanlah kasih sayang dalam mencari erti kebahagian.
  • Apalah gunanya ilmu juka tidak di amalkan dan apalah gunanya hidup jika tidak berlandaskan sunnah dan Al Quran.
  • Menilai diri sendiri adalah lebih susah dari menilai 1000 orang lain.
  • Tiada janji yang lebih tepat kecuali janji matahari yang akan terbit pagi besoknya.
  • Kecantikan ibarat pepohon yang merimbun. Akan hilanglah serinya apabila dedaun itu mula berguguran.
  • Akar ilmu itu memangnya pahit tetapi buahnya adalah lazat.
  • Perumpamaan budi pekerti yang jelek seperti tembikar yang telah pecah, tiada bisa diperbaiki dan tidak bisa kembali menjadi tanah liat.
  • Melakukan kesilapan itu manusia dan memaafkan kesilapan itu ialah kemanusiaan.
  • Hidup ini bagaikan sebuah titisan yang perlu dilalui oleh setiap insan di dunia ini. Oleh itu merentaslah di titian yang teguh yang dibina dari kayu-kayu keimanan yang kukuh.
  • Manusia yang paling kerap mencipta bahaya dan kesusahan ialah yang mempunyai lidah terlepas dari hati tertutup.
  • Hati si isteri aku tertutup dari lelaki lain seandainya ia setia dan jujur pada suaminya. Oleh itu jagalah hati, perasaan dan kemahuannya dengan secukupnya.
  • Di sebalik nikmat ada bala di sebalik bala ada nikmat. Oleh itu bila ditimpa bala usaha resah kerana sebaliknya mengandungi suatu nikmat dan jika dilanda nikmat usaha lupa dan leka kerana dari sinilah berpunca bala.
  • Setitik airmata ibu yang tumpah dari perbuatanmu samalah pedihnya seperti sebutir peluru yang menembusi dadamu.
  • Seorang ibu sanggup memelihara 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tertentu dapat memelihara seorang ibu.
  • Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur setiap mata terbuku, belum bererti ia melihat.
  • Kejayaan adalah suatu pejalan bukannya suatu destinasi.
  • Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira.
  • Bulan menerangi malam, ilmu menerangi hidup.
  • Jangan kenangi kesedihan lalu sebaliknya ingatlah kegembiraan mendatang. Belajarlah bersungguh sungguh agar kegembiraan yang kita datang itu adalah hasil yang kita nanti-nantikan.
  • Sesungguhnya dunia itu mengkhayalkan oleh itu jangan sesekali hatimu hanyut oleh khayalan itu.